Zionis bedil Gaza

Iklan
Jet Israel membedil beberapa sasaran di utara Semenanjung Gaza.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan terbaru menyasarkan lokasi di utara Semenanjung Gaza, semalam.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan berjaya memusnahkan beberapa pos kawalan milik pergerakkan Hamas.

Iklan
Iklan

Bagaimanapaun, tiada laporan kematian susulan serangan itu.

Tambah kenyataan itu, serangan dilakukan sebagai tindak balas selepas penduduk Palestin menerbangkan ‘belon letupan’ ke wilayah diduduki Israel.

Iklan
Iklan

Penduduk Gaza menghantar belon berisi bahan letupan ke selatan Israel sejak beberapa bulan lalu selari dengan bantahan mingguan dan pertempuran yang berlaku di sempadan. - Agensi