Ketua Penerangan Warisan nafi dakwaan keluar parti
Iklan
Yusof
KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr Yusof Yacob menafikan dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan parti itu seperti yang tular sejak Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu berkata, perkara tersebut hanya spekulasi kerana laporan yang mendakwa beliau akan berbuat demikian bukanlah berdasarkan kenyataannya.
Iklan
Iklan
"Itu bukan kenyataan saya. Saya akan buat penjelasan nanti,” katanya ringkas kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad.
Sumber terdekat Yusof sebelum ini dipetik sebagai berkata, Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu akan meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas kerana ingin membantu rakyat di kawasannya.
Iklan
Yusof adalah antara pemimpin terawal yang berjuang bersama Warisan sejak ia ditubuhkan pada 2016 selain pernah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah ketika parti itu menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung September tahun lepas. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>