99.39 peratus kes baharu di Sarawak tiada gejala, gejala ringan

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

KUCHING - Sebanyak 99.39 peratus atau 2,108 daripada 2,121 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Sabtu terdiri daripada mereka yang tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 13 kes pula melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 899 kes diikuti Miri (200), Sibu (153), Bintulu (88) dan Sarikei (86),” menurut JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 6 Ogos hingga 30 September, manakala jumlah kluster yang aktif di Sarawak pula kini 107. - Bernama

Iklan
Iklan