Nenek dipatuk ular ketika tidur

Iklan
Ular sawa memasuki bilik Kaew Soodsph.- Mirror

BANGKOK - THAILAND. Seorang warga emas terkejut apabila seekor ular sawa berada di dalam bilik tidurnya dan menggigit kakinya.

Situasi cemas dan mengerikan itu berlaku ketika Kaew Soodspha, 75, sedang tidur lena dan mendapati kakinya sakit secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) berdurasi 58 saat, dia sedang tidur sendirian secara mengiring di atas katil dan kelihatan seekor ular sawa sedang menuju ke arahnya.

Dalam beberapa ketika, kakinya terjuntai dan bergerak hingga reptilia itu menggigit kakinya.

Iklan

Dia yang terkejut dengan gigitan itu terus bangkit dan mencapai lampu suluh yang berada berhampirannya dan mendapati seekor ular sawa berada di hadapannya.

Kaew Soodspha juga seorang pesara terus bergegas ke bilik anaknya, Nakorn, 44, untuk meminta pertolongan.

Iklan

"Saya fikir saya mengalami mimpi ngeri, rasa sakit yang amat sangat dan cepat-cepat menyuluh lampu ke arah lantai apabila melihat benda bergerak.

"Saya berkata dari mana datang ular itu? cepat keluar!.

"Saya pun tidak tahu kenapa ular itu menyerang saya, saya sedang tidur, tidak mengancamnya. Sekarang saya takut hendak tidur di dalam bilik itu lagi," katanya.

Panik dengan situasi itu, Nakorn bergegas ke bilik ibunya untuk menangkap ular itu.

"Ibu saya suka meninggalkan pintu bilik mandi secara terbuka, mungkin ular itu keluar dari tandas biliknya," katanya.

Dia yang juga seorang jurutera turut menasihatkan kepada orang awam agar lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau.

Difahamkan, ular itu berjaya ditangkap selepas bersembunyi di dalam tandas ibunya.- Mirror