Tiada lokaliti dikenakan PKPD pada Jumaat
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, hanya satu lokaliti di Pahang dilanjutkan PKPD membabitkan Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis.
Iklan
Iklan
"Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis sepatutnya ditamatkan pada Sabtu, namun dilanjutkan lagi dua minggu bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober.
"Pelanjutan ini setelah meneliti analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Iklan
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu PKPD melibatkan Kampung Air di Beluran, Sabah ditamatkan pada Sabtu seperti mana yang dijadualkan.
Rodzi berkata, penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>