[VIDEO] Kerajaan digesa turunkan harga kit ujian RTK: Hannah
Iklan
Kerajaan Persekutuan digesa untuk menurunkan harga kit ujian RTK agar rakyat tidak perlu memilih sama ada untuk membeli makanan atau melakukan ujian kendiri tersebut. (Gambar kecil: Hannah)
KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa untuk menurunkan harga kit ujian RTK agar rakyat tidak perlu memilih sama ada untuk membeli makanan atau melakukan ujian kendiri tersebut.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, kit ujian RTK dengan siling RM19.90 bersamaan dengan harga dua papan telur yang boleh dibeli oleh keluarga miskin untuk menampung keperluan mereka sekeluarga selama beberapa hari.
Iklan
Iklan
Menurutnya, harga tersebut dikatakan masih mahal di pasaran walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan harga siling pada kadar berkenaan baru-baru ini.
"Di Parlimen, kami melakukan ujian dua kali seminggu bagi memantau penyebaran Covid-19 dan lebih kurang RM40 perlu dibelanjakan oleh setiap ahli Parlimen.
Iklan
"Berapa ramai keluarga yang mampu memperuntukkan RM40 seminggu untuk setiap ahli keluarga mereka? Jadi turunkan harga kit ujian RTK supaya ramai keluarga tidak perlu memilih antara membeli makanan atau melakukan ujian kendiri," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga disarankan untuk menunjukkan cara penggunaan ujian kendiri tersebut kerana masih ramai rakyat yang tidak mengetahui cara penggunaannya.
Iklan
Hannah berkata, ketika beliau melawat ke lima buah pasar pagi di dalam kawasan Parlimen Segambut untuk mengagihkan kit ujian RTK kepada para peniaga, majoriti mereka kelihatan bingung apabila mendapat kotak kit ujian tersebut.
Justeru, beliau terpaksa membuat penerangan kepada peniaga kerana jelas mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan kit ujian RTK tersebut.
"Kerajaan perlu menggerakkan sumber multimedia mereka seperti TV nasional, papan iklan, pesanan ringkas (SMS) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menunjukkan bagaimana cara penggunaan kit ujian RTK ini dengan betul.
"Bergantung sepenuhnya kepada manual arahan yang dibekalkan bersama kit ujian ini tidak mencukupi, terutamanya warga emas yang tidak dapat membaca kerana pelbagai faktor.
"Penggunaan kit ujian RTK dengan tidak betul hampir sama seperti tidak mengunakan kit ujian RTK," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>