PRU15 saksikan pertandingan empat penjuru?

Iklan
Gambar hiasan

PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan akan memulakan rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa UMNO.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana pihaknya masih tidak mendapat sebarang petunjuk sama ada UMNO mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Iklan
Iklan

"Walaupun realitinya dalam kerajaan kita bersama, kita tidak mendapat sebarang petunjuk sama ada mereka (UMNO) mahu terus (bekerjasama) atau mereka mempunyai jalan yang tersendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Khamis.

Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menambah, PN tidak boleh menunggu UMNO semata-mata memandangkan PRU15 semakin hampir.

Iklan

Menariknya di sini, adakah akan adanya pertandingan sehingga empat penjuru pada PRU15 akan datang?

Ini kerana UMNO bersama-sama dalam gabungan Barisan Nasional (BN) pernah menyatakan akan bergerak secara sendirian dalam PRU15 akan datang.

Iklan

Selain BN dan PN, parti lain yang akan bertanding dalam PRU akan datang adalah Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa partinya akan bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi dalam PRU15 nanti.

Empat penjuru ini hampir pasti membabitkan semenanjung dan bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak?

Situasi politik Sabah dan Sarawak juga berbeza dengan Semenanjung dan adakah akan adanya pertandingan sehingga empat penjuru?

Apa yang pasti, PRU15 yang berkemungkinan besar akan berlangsung pada tahun hadapan ternyata merumitkan pengundi.

Ini kerana, dengan sekurang-kurangnya empat penjuru ini menyukarkan untuk memilih siapa calon yang layak.

Di samping itu, PRU15 akan datang juga diadakan dalam norma baharu kerana situasi Covid-19 yang berlaku dalam negara ini.

Timbul juga tanda tanya, berapa peratus dari segi jumlah peratusan pengundi akan membuang undi sekiranya PRU15 dibuat.

Adakah pengundi akan berani untuk turun mengundi dengan dengan keadaan Covid-19 masih ada?

Jika kurangnya pengundi membuang undi, tentunya menyukarkan pemilihan wakil rakyat ditambah pula pertandingan sehingga empat penjuru.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memikirkan satu langkah bagi membolehkan pengundi ini turun mengundi secara beramai-ramai dalam PRU15 akan datang.