PPS pertama di Johor dibuka di Kulai
Iklan
KULAI- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di sini menjadi pusat pemindahan pertama dibuka di Johor susulan banjir yang melanda Kampung Bukit Batu.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Kulai, seramai 74 mangsa banjir daripada 22 buah keluarga dipindahkan sehingga ke PPS terbabit yang dibuka pada jam 6 petang pada Khamis.