Suami, keluarga terdekat boleh teman ibu hamil bermula 4 Oktober
Iklan
Berkuat kuasa 4 Oktober ini, KKM membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19 untuk menemani ibu hamil semasa bersalin. - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 4 Oktober ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19 untuk menemani ibu hamil semasa bersalin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, tempoh lengkap vaksinasi bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca adalah 14 hari selepas dos kedua manakala 28 hari ditetapkan selepas menerima vaksin jenis satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
Iklan
Iklan
Selain itu, suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam, selain keputusan ujian tersebut perlu dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di wad bersalin.
"Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Dr Noor Hisham berkata, mereka juga boleh membeli kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan bertugas.
Mereka yang menemani ibu hamil turut diingatkan untuk sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan golongan berkenaan adalah berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.
Iklan
"KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif itu telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital menjalankan persediaan yang diperlukan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>