'Tak perlu layan selera orang luar'
Iklan
Mohd Azmi Abdul Hamid
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong cadangan bagi mewajibkan semua operasi pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup pada jam 1 pagi mulai tahun depan
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak perlu melayan mana-mana pengusaha pusat hiburan antarabangsa yang membantah keputusan itu atas alasan tindakan tersebut menjejaskan perniagaan mereka.
Iklan
Iklan
"Kenyatan Khalid sebelum ini adalah wajar dan munasabah di mana cadangan itu adalah bagi mendidik masyarakat agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dan mengurangkan aktiviti gejala sosial.
"Mapim ingin menegaskan bahawa kita harus meletakkan kepentingan masyarakat tempatan lebih dari memuaskan selera orang luar,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
[ARTIKEL BERKAITAN: Waktu operasi baharu pusat hiburan ditentukan Majlis Menteri]
Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata pihaknya akan mengkaji semula lesen ‘istimewa’ kepada sebahagian kecil pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sehingga pukul 5 pagi.
Iklan
Malah, beliau berkata cadangan itu akan ditentukan menerusi mesyuarat Majlis Menteri yang dijadualkan pada Januari depan.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi memaklumkan bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk memelihara budaya tempatan dan melindungi hidup rakyat di negara ini agar tidak tercemar oleh anasir liar dari luar.
"Kami dengan itu menyokong dan menyarankan agar pihak DBKL membina karekter Kuala Lumpur sebagai bandar yang berasaskan budaya tinggi dalam semua aspek pembangunan.
"Dan bukannya sebagai kota hiburan yang hanya menarik pelancongan untuk berhibur,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>