7 ahli PH, wakil Cameron Highlands dijangka angkat sumpah
Iklan
Parlimen
KUALA LUMPUR - Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini bakal menyaksikan pertambahan kerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu Bersatu, selepas parti itu meluluskan keanggotaan tujuh bekas ahli Parlimen UMNO.
Mereka ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Iklan
Iklan
Perubahan ini bakal menyaksikan kerusi ahli Parlimen yang terbabit berubah dari blok pembangkang atau bebas ke blok kerusi penyokong kerajaan.
Selain itu, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor yang berjaya mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PH, M. Manogaran pada 26 Jan lepas dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat, 12 Mac ini.
Iklan
Ramli adalah calon langsung BN dan bukan dari mana-mana parti komponen pembangkang itu.
Sehingga kini, PH menguasai 134 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu 22 melalui Bersatu, 11 milik Amanah, DAP (42), PKR (50) manakala baki sembilan lagi melalui Warisan.
Iklan
BN pula mempunyai 40 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (19), Pas (18), Bebas (7), Parti Bersatu Sabah (1), UPKO (1), STAR (1) dan PBRS (1).
Mesyuarat kali ini dijangka menyaksikan pembentangan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948 bagi membolehkan kerajaan memperkenalkan akta baharu.
Pembentangan dibuat selepas mengambil kira pandangan semua kementerian dan impak kepada masyarakat, khususnya perasaan anggota keluarga pesalah yang berdepan hukuman itu.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang membawa usul pindaan Perlembagaan Persekutuan, bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun untuk dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan menyasarkan pindaan itu diluluskan dan dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>