RMK12 libat urus pelbagai pihak

Iklan
RMK12 mempunyai tiga tonggak iaitu kemakmuran, inklusif dan kemampanan. - Foto 123RF

SHAH ALAM- Pelbagai pihak terlibat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antaranya adalah pihak industri, ahli akademik, ahli Parlimen dan juga blok pembangkang.

Iklan
Iklan

"Kami akan bentangkan RMK12 pada hari Isnin. Jadi, kalau ada apa-apa yang perlu tambah baik, kenapa tidak untuk kami pertimbangkan.

"Jadi, peluang terbuka. Maknanya bukan sahaja buat yang ditetapkan,” katanya pada program Agenda Awani: RMK12 Asas untuk Memulihkan Negara.

Iklan

Beliau berkata, RMK12 mempunyai tiga tonggak iaitu kemakmuran, inklusif dan kemampanan.

Jelasnya, selain daripada memberikan perhatian lebih kepada sektor kesihatan, golongan rentan yang tidak mempunyai perlindungan sosial juga antara fokus utama.

Iklan

"Mereka ini adalah golongan yang tiada simpanan kalau sesuatu perkara berlaku. Jadi, kita perlu tingkatkan liputan kepada mereka yang terkeluar daripada perlindungan sosial ini.

"Kami kena pastikan ekonomi berdaya tahan, mampu tangani krisis. Bukan maksud kami bagi jaminan,