Kerajaan pertimbang beri bantuan modal kepada PKS terjejas
Iklan
Mustapa - Foto fail Bernama
SHAH ALAM - Kerajaan mempertimbangkan untuk memberi bantuan modal kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut dalam perancangan Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan perniagaan yang terkesan boleh dibina semula.
Iklan
Iklan
Jelasnya, kerajaan juga mengarahkan bank supaya melonggarkan kemudahan kredit sebagai langkah awal untuk membantu PKS.
"Kami ada dapat rayuan daripada pihak PKS terutamanya yang mana perlukan bantuan modal. Jadi ini dalam pertimbangan kerajaan.
Iklan
"Kementerian Kewangan dan BNM sedang fikirkan bagaimana nak pastikan bahawa perniagaan terkesan ini boleh dibina semula,” katanya pada program Agenda Awani: RMK-12 Asas untuk Memulihkan Negara.
Mengulas lanjut, beliau berharap agar pihak bank dapat membantu bagi memastikan PKS mempunyai modal yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan semula.
Iklan
"Akses kredit harus dilonggarkan untuk memastikan perniagaan kembali beroperasi,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>