Gempa di Melbourne: Tiada rakyat Malaysia terjejas
Iklan
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter yang melanda berhampiran Melbourne, Victoria, Australia pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter yang melanda berhampiran Melbourne, Victoria, Australia pada Rabu, kata Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Mazita Marzuki.
Beliau berkata, pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne akan terus memantau keadaan dan menasihati rakyat Malaysia agar bertenang.
Iklan
Iklan
"Setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan serius melibatkan rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama.
Gempa yang melanda Melbourne pada Rabu itu antara yang terkuat menyebabkan kerosakan pada bangunan di bandar kedua terbesar itu dan gegaran turut dirasai di negara jiran.
Iklan
Mengulas mengenai keadaan semasa di Melbourne, Konsulat Jeneral memaklumkan keadaan terkawal dengan keperluan asas, infrastruktur dan keperluan lain masih seperti biasa.
"Sebanyak 46 kerosakan harta benda dilaporkan di Mansfield dan Melbourne. Kira-kira 35,000 penduduk dan sebuah hospital terputus bekalan elektrik seketika," katanya sambil menambah sekitar 779 rakyat Malaysia berdaftar di pejabat Konsulat.
Iklan
Untuk maklumat dan kemas kini, rakyat Malaysia diminta menghubungi Konsulat melalui e-mel mwmelbourne@kln.gov.my, atau di talian: +613 95735400, talian kecemasan: +61403 859 500, portal: www.kln.gov.my, FB: https://www.facebook.com/ConsulateGeneralofMalaysiaMelbourne, Twitter: https://twitter.com/MYCGMelbourne dan Instagram: https://www.instagram.com/malaysiainmelbourne. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>