KOTA BHARU - Seramai lapan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) daripada golongan keluarga asnaf menerima komputer riba yang disumbangkan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, sumbangan berkenaan adalah inisiatif Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMK.