Honor tembusi 100 pasaran seluruh dunia

Iklan
Honor kini mempunyai 3,000 pusat perkhidmatan sejak ditubuhkan pada tahun 2013.

SHAH ALAM – Penyedia peranti pintar global terkemuka, Honor berusaha untuk menjadikan jenama teknologi ikonik dan terkini itu berkembang pesat serta menembusi 100 pasaran di seluruh dunia.

Honor dalam satu kenyataan berkata, jenama itu telah membuka 3,000 pusat perkhidmatan dan mempunyai 2,000 wakil untuk memberi perkhidmatan premium dan cekap kepada peminatnya.

Iklan
Iklan

"Angka itu mencatat peningkatan lebih baik dengan 10,000 wakil jualan ditempatkan di lebih 30,000 stor 'experience' dan runcit di seluruh dunia.

"Honor memfokuskan untuk membolehkan pengalaman dan kepercayaan pengguna terhadap rangkaian produk, perkhidmatan dan pembelian Honor kepada peminatnya, semua kualiti ini dipenuhi melalui Skor Promoter Bersih dinilai tinggi. Ini penting untuk meyakinkan peminat terhadap Honor,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Dalam pada itu, Honor akan memberikan pengalaman terbaik untuk rangkaian produk, perkhidmatan, dan pembelian kepada penggunanya.

Honor antara jenama peranti pintar termaju sejak tahun 2013 dan mahu menerajui pasaran peranti pintar yang ikonik dan hebat kepada pengguna secara global.

Iklan

"Honor meletakkan komitmen tinggi dalam membangunkan teknologi bagi pengguna menikmati keupayaan inovatif serta teknologi termaju secara global.

"Menjelang November 2020, Honor melebarkan sayap untuk terus maju sebagai jenama yang mampu berdiri atas kekuatan sendiri. Pada hari ini, Honor telah berkembang sebagai antara syarikat pemula yang terbesar dan proses ini meningkatkan peluang pekerjaan,” kata kenyataan itu.

Honor berkata, lebih 50 peratus daripadanya terdiri daripada kumpulan profesional penyelidik dan pembangunan (R&D) yang berdedikasi membangunkan teknologi termaju di empat pusat R&D dan lebih 100 makmal di seluruh dunia.