Pas, UMNO guna satu logo: Perlu ambil kira sentimen parti komponen lain
Iklan
DATUK DIN ADAM
KUALA TERENGGANU- Cadangan penggunaan satu logo pada PRU15 antara UMNO dan Pas perlu dilihat secara menyeluruh, termasuk sentimen parti lain yang masih lagi bersama BN iaitu MCA dan MIC.
Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, cadangan itu secara dasarnya amat baik jika ada persefahaman antara kedua-dua parti, namun ia tidak boleh dilihat daripada satu sudut sahaja.
Iklan
Iklan
"Kita kena melihat juga sentimen parti yang masih lagi bersama BN iaitu MCA dan MIC. Kalau daripada segi lambang pilihan raya, ada dua kedudukan atau kapasiti, iaitu satunya lambang yang akan digerakkan untuk pilihan raya dan satu lagi adalah lambang untuk parti itu sendiri.
"Kalau nak satu lambang UMNO dengan Pas sahaja atas nama parti, sama macam sekaranglah sebab Pas dan UMNO berasaskan Melayu dan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
ARTIKEL BERKAITAN: Pas, UMNO guna satu logo dalam PRU15?
Iklan
Bagaimanapun katanya, jika penggunaan logo itu hanya untuk pilihan raya, inisiatif yang diambil itu adalah bagus namun perlu ada perbincangan lanjut.
Ini kerana, sebagai sebuah negara majmuk dan bertanding atas nama pilihan raya, namun tidak boleh mengetepikan kaum lain dan sentimen parti itu sendiri.
Iklan
"Sebab itu saya melihat penubuhan satu jawatankuasa mesti ada. Bagaimana bentuk logo itu jika ia jadi kenyataan, saya tiada idea tapi kita perlu ingat BN itu sendiri sudah begitu lama dan parti dominan sejak Parti Perikatan lagi.
"Hari ini bila BN kalah, kita fikir macam-macam. Bagaimana dengan sentimen masyarakat yang masih sayang pada lambang dan logo BN?," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>