Angkara sejuk melampau, tiga pelajar meninggal dunia
Iklan
JAKARTA - INDONESIA. Akibat suhu melampau, tiga pelajar sekolah mati kesejukan dipercayai mengalami hypothermia di Gunung Tampomas, Jawa Barat.
Mayat ketiga remaja berpakaian baju lengan pendek dan seluar panjang itu ditemui dalam keadaan menyayat hati merengkuk kesejukan oleh pendaki lain pagi semalam.