Dokumen tafsiran Keluarga Malaysia dikeluarkan dalam masa terdekat
Iklan
KUALA LUMPUR - Dokumen pentafsiran falsafah"Keluarga Malaysia” akan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Penerangan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau menerusi penampilan pertama bagi program"Bersama Annuar” di Twitter Spaces kendalian Bernama malam ini berkata dokumentasi ini bertujuan menghuraikan kefahaman atau falsafah Keluarga Malaysia agar dapat difahami dan dihayati seluruh lapisan masyarakat.