Jangan kongsi maklumat mangsa gangguan seksual
Iklan
KUALA LUMPUR - Grab Malaysia (Grab) meminta orang ramai supaya tidak berkongsi di media sosial data peribadi pemandu wanita yang mendakwa diganggu secara fizikal oleh seorang penumpang lelaki semalam.
Grab, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan syarikat telah membantu pihak berkuasa dari awal lagi dan akan terus berbuat demikian bagi memastikan hak mangsa dilindungi.
Iklan
Iklan
"Bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Grab, kami minta semua orang supaya tidak berkongsi data peribadinya di ruang awam seperti di media sosial atau berkongsi spekulasi dan khabar angin mengenai perkara itu.
"Kami akan memastikan tindakan diambil terhadap pelaku,” katanya.
Iklan
Semalam, media melaporkan pemandu wanita Grab mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang penumpang lelaki yang bersenjatakan pisau berhampiran Kondominium KOI Prima di Taman Mas, di sini kira-kira 5.30 pagi.
Menurut Grab, bagi syarikat, keselamatan pemandu sama pentingnya sebagaimana penumpang dan ancaman kepada keselamatan mereka bukan suatu yang dipandang ringan.
Iklan
"Sekiranya sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini, teruslah berjumpa pihak berkuasa. Pada masa yang sama, kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus meningkatkan ciri keselamatan untuk seluruh komuniti kami,” katanya dalam kenyataan itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>