PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari

Iklan
Ismail Sabri dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini. - Foto Instagram/HajijiNoor

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis.

Beliau yang dalam lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada malam ini.

Iklan
Iklan

Ketibaan Perdana Menteri di sambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan pemimpinan negeri di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum bergerak ke Pusat Bandar untuk menghadiri satu majlis tertutup.

Ini merupakan kunjungan pertama Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia selepas kali terakhir melawat Sabah, pada 21 Ogos lalu.

Iklan

Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini dengan temasya berkenaan akan disambut dengan kaedah norma baharu di SICC.

Acara malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga barisan pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri.

Iklan

Sementara itu, Hajiji dalam hantaran di Facebook berkata, kehadiran Ismail Sabri itu dapat membuka ruang untuk Kerajaan Pusat dan negeri membincangkan pelbagai perkara berkaitan isu rakyat dan Sabah secara menyeluruh. - Awani