‘Biarlah kita berunding dengan cara baik’ - Anwar
Iklan
Anwar ketika mengadakan sidang akhbar secara hibrid di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati pandangan akar umbi yang menggesa pimpinan agar Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Beliau berkata, ada pihak dalam PKR mencadangkan agar PH menggunakan logo parti tersebut, malah ada juga sesetengah pihak yang mahu menggunakan logo PH.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, pertikaian berhubung logo tersebut perlu diselesaikan secara rundingan.
"Saya hormat pandangan akar umbi yang menggesa pimpinan menggunakan logo keadilan. Saya juga faham dalam konteks PH, ada gesaan daripada teman-teman supaya menggunakan logo PH.
Iklan
"Jadi, biarlah kita berunding dengan cara baik untuk mendapat penyelesaian yang baik kerana ada hujah-hujah kuat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak,” katanya pada sidang akhbar secara hibrid di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.
Pada 7 September lalu, PKR di seluruh cabang Wilayah Persekutuan menggesa PH menggunakan logo dan bendera parti itu pada PRU15 yang akan datang.
Iklan
Perkara itu dinyatakan 26 Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Wilayah Persekutuan yang mewakili 40,873 anggota PKR seluruh Wilayah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>