RMK12, Bajet 2022 beri gambaran jelas hala tuju dasar kerajaan
Iklan
Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022 pada akhir September dan Oktober ini akan memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dasar kerajaan, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, RMK12 dan Bajet 2022 itu akan turut membuka jalan bagi aspek pemulihan, pertumbuhan serta penyusunan semula sosioekonomi untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Iklan
Iklan
"Momentum pemulihan dijangka akan diteruskan pada tahun depan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 Malaysia diunjurkan pada paras enam peratus oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lima peratus oleh Bank Dunia,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-68 yang dikeluarkan pada Rabu.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus memastikan persekitaran negara kekal berdaya saing serta kondusif untuk menarik pelabur asing melalui insentif fiskal dan bukan fiskal serta penyediaan bakat atau tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan pengeluar kenderaan terkemuka Porsche AG memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di luar Eropah pada Februari lepas.
"Pilihan ini mencerminkan kepercayaan syarikat antarabangsa itu terhadap ekosistem automotif negara yang kondusif,” kata beliau.
Iklan
Menurut Tengku Zafrul, kemudahan atau kilang pemasangan Porsche itu akan dibuka di Kulim, Kedah, pada tahun depan menerusi kerjasama dengan Sime Darby Bhd. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>