Pokok macang hempap dapur rumah

Iklan
Mohd Zakhwan ( kiri) bersama Saari (dua,kiri) melihat keadaan belakang rumah.

JERANTUT-"Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat sebatang pokok bacang terjatuh menghempap bahagian dapur," kata pemilik kediaman Saari Hasan, 54 dari Felda Padang Piol.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 5 petang pada Ahad lalu, dia dan lima ahli keluarganya yang lain sedang berbual-bual di ruang tamu sebelum terdengar angin kencang.

Beberapa minit kemudian katanya, mereka terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah.

Iklan

Mohd Zakhwan (kiri) menyampaikan sumbangan awal kepada Saari.

"Hujan tidak lebat tetapi angin kuat menyebabkan pokok bacang terbalik menghempap bahagian dapur termasuk bilik air dan stor," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tiada ahli keluarga yang cedera tetapi kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang menyampaikan sumbangan awal pada Isnin.