'Luangkan banyak masa dengan rakyat'
Iklan
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan wakil rakyat kerajaan untuk banyak meluangkan masa di akar umbi bersama rakyat.
Menurut beliau harapan rakyat kepada kerajaan baharu sama ada di peringkat persekutuan dan negeri begitu tinggi.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya, ADUN dan Ahli Parlimen kerajaan hari ini jangan mengetepikan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat.
"Luang banyak masa bersama rakyat untuk menyampaikan dasar kerajaan dan tindakan diambil untuk memakmurkan kehidupan rakyat.
Iklan
Dengar masalah yang mereka kemukakan dan cari pendekatan terbaik untuk mengatasinya," katanya ketika merasmikan Program Eksekutif Khas ADUN dan Ahli Parlimen Sabah di sini, hari ini.
Program sehari anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) itu dihadiri semua ADUN dan Ahli Parlimen kerajaan di negeri ini.
Iklan
Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah dan Pengarah INTAN Datuk Suriani Ahmad.
Mohd Shafie berkata rakyat kini bijak untuk menilai dan memilih wakil rakyat yang mampu menyampaikan perkhidmatan yang baik untuk mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri terus menumpukan urus tadbir yang telus dan mengelakkan ketirisan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri.
Beliau berkata ia penting dalam kerajaan negeri mentadbir negeri ini dengan berhadapan kekangan kewangan.
"Sebab itu, amalan rasuah yang menyumbang kepada ketirisan kewangan diatasi bagi mengukuhkan kewangan negeri termasuk di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.
"Ini termasuklah apa yang dilakukan di Jabatan Air Negeri Sabah dengan kerajaan negeri mengambil alih sepenuhnya operasi jabatan itu dan melaksanakan perkhidmatan bekalan air secara telus kepada rakyat," katanya.
Menurutnya kekangan sentiasa ada tetapi tanpa adanya ketirisan sudah tentu sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.