Kedutaan Jepun sahkan keluar amaran kemungkinan ancaman pengganas
Iklan
KUALA LUMPUR - Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan kedutaan itu telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.
Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.