13 maut bas berlanggar dengan trak

Iklan
Sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak di Algeria. - Foto Agensi

ALGIERS - Seramai 13 orang terbunuh dan lapan cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak di barat laut Algeria pada Ahad, kata perkhidmatan kecemasan negara itu.

Menurut pihak pertahanan awam negara berkenaan dalam satu kenyataan di media sosial, kemalangan itu berlaku di Oued Khebaza, wilayah Naama kira-kira 650 kilometer dari selatan Algiers.

Iklan
Iklan

Mangsa-mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital.

Media tempatan menyiarkan video yang menunjukkan sebuah bas dengan bahagian hadapannya remuk akibat berlanggar dengan trak tersebut.

Iklan

Pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengetahui punca nahas.

Kemalangan jalan raya yang berpunca daripada memandu laju kerap berlaku di negara Afrika Utara itu. - Agensi

Iklan