Rakyat perlu ubah persepsi terhadap wakaf
Iklan
Mazlan (kiri) ketika program ‘Diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat’ yang diadakan di bawah Kongres Ekonomi Rakyat (KER) Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 secara maya pada Ahad.
SHAH ALAM - Rakyat di negara ini perlu mengubah persepsi lazim terhadap institusi wakaf yang hanya sinonim dikaitkan dengan tiga perkara iaitu masjid, sekolah agama atau madrasah serta tanah perkuburan.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (Yawatim), Dr Mazlan Ahmad berkata, perubahan pemikiran itu perlu dilakukan kerana insitusi wakaf boleh menjadi instrumen untuk membangunkan ekonomi umat Islam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, institusi wakaf kini dilihat berpotensi untuk memainkan peranan lebih menyeluruh terhadap kehidupan seharian umat Islam.
"Contohnya di Kelantan cerita mengenai wakaf utiliti seperti wakaf air, wakaf elektrik, wakaf kesihatan dan wakaf universiti,” katanya dalam program ‘Diskusi Pembangunan Ekonomi Rakyat’ yang diadakan di bawah Kongres Ekonomi Rakyat (KER) Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 secara maya pada Ahad.
Iklan
Dalam pada itu, Mazlan yang merupakan Ahli Lembaga Amanah, Perbadanan Wakaf Nasional Berhad berkata, dengan perkembangan terbaharu tersebut, institusi berkenaan kini sudah berupaya meneroka projek berasaskan wakaf yang turut menumpukan pembangunan usahawan wakaf.
Beliau yang juga ahli komuniti pelaburan kewangan bersama Yayasan Wakaf Malaysia berkata, ia termasuk usahawan wakaf yang memiliki potensi untuk terlibat dalam sektor pembangunan rumah pintar serta dron.
Iklan
"Kami mempunya peruntukan sendiri untuk memperkasakan atau mendanakan projek yang berasaskan wakaf. Kami telah melakukan perbincangan dengan beberapa institusi baik di luar mahupun dalam negara.
"Ada beberapa bank sedang dalam perbincangan mengenai bagaiman mereka boleh menyediakan dana agar setiap usahawan wakaf boleh bergerak,” katanya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.