PKPD di empat lokaliti di Perak, Pahang dan Sabah
Iklan
Gambar hiasan
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 13 September hingga 26 September depan manakala satu lokaliti di Perak bermula esok hingga 25 September.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Pahang membabitkan dua lokaliti di Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Pekan.
Iklan
Iklan
"Di Sabah melibatkan Taman Semarak Megah, Tawau manakala di Perak ialah Kampung Ulu Groh, Kampar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan lapan lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang dan Sabah ditamatkan pada 12 September seperti yang dijadualkan.
Iklan
Menurutnya, lokaliti terbabit ialah Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok, Jerantut Pahang.
"Turut ditamatkan PKPD ialah Kampung Tuhau, Matunggong Kudat, Sabah.
Iklan
"Empat lagi lokaliti di Putatan melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>