Wonda Coffee lancar edisi terhad

Iklan
Wonda Coffee meraikan IWCD 2021 dengan memperkenalkan empat varian Spice Coffee.

WONDA Coffee telah melancarkan edisi terhad rangkaian Spice Coffee sempena Hari Wonda Coffee Antarabangsa 2021 (IWCD) tahun ke-8 untuk memberikan kelainan kepada penggemarnya di negara ini.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Yee Pek Kuan berkata, rangkaian produk terbaharu Wonda Coffee memperkenalkan kepada rakyat Malaysia minuman sedia untuk di minum (RTD) yang mempunyai ekstrak rempah dalam pasaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap kali IWCD, Wonda Cofee akan memberikan pengalaman baharu kepada pelanggannya dengan melancarkan produk edisi terhad dan berharap rakyat Malaysia gembira untuk menikmati rasa klasik Wonda Coffee dengan rempah Asia pada kali ini.

"Ia mencerminkan rasa Malaysia, Wonda Coffee terbaharu Spice Coffee yang mempunyai halia, kulit kayu manis dan pelaga yang memainkan peranan penting dalam masakan tempatan bercitarasa klasik dengan aroma Wonda Coffee.

Iklan

"Minuman Wonda Coffee baharu, Spice Coffee diperkenalkan dalam empat varian iaitu Ginger Milk Coffee, Masala Milk Coffee, Mixed Spice Milk Coffee dan Cardamom Milk Coffee. Menerusi Spice Coffee, Wonda Coffee akan memberikan pencinta ‘Wonda-ful’ terbaharu RTD dan memberikan pengalaman minum kopi yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wonda Cardamom Milk Coffee mengandungi ekstrak buah pelaga.

Iklan

Pek Kuan berkata, jika penggemar Wonda Coffee mahu minum kopi yang mempunyai ekstrak halia, mereka boleh memilih Wonda Ginger Milk Coffee dan sekiranya mahu rasa gabungan ekstrak halia, lada hitam, buah pelaga dan bunga cengkih serta buah pala, mereka boleh memilih Wonda Masala Milk Coffee.

"Wonda Mixed Spice Milk Coffee pula mengandungi gabungan ektsrak rempah dan kopi Arabica manakala penggemar kopi yang ingin rasa rempah dan masam berserta pudina dalam minuman kopi mereka, mereka boleh menikmati Wonda Cardamom Mlik Coffee,” katanya.

Wonda Mixed Spice Milk Coffee.

Beliau berkata,semua varian edisi terhad ini hanya terjual dalam tempoh tertentu sahaja dan boleh didapati di beberapa rangkaian runcit terpilih.

Wonda Ginger Milk Coffee.

"Penggemar kopi boleh berkunjung ke Shell untuk mendapatkan Wonda Ginger Milk Coffee 240 mililiter (ml), 7-Eleven untuk Wonda Masala Milk Coffee 240 ml, Kedai Mesra Petronas Wonda Mixed Spice Milk Coffee 240 ml dan di myNEWS.com untuk Wonda Cardamom Milk Coffee 240 ml.

Wonda Masala Milk Coffee.

"Kami mahu membawakan pengalaman unik kepada pelanggan setia kami dan berharap rangkaian Wonda Spice Coffee ini akan membuatkan rakyat Malaysia gembira menikmatinya dengan rasa rempah,” katanya.

Beliau berkata, sempena IWCD, Wonda Coffee turut menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan bersama-sama rakan kongsi lain mendidik rakyat Malaysia mengenai vaksin.

"Setiap Wonda Spice Coffee boleh disertakan dengan kod QR yang akan menghubungkan pelanggan dengan laman web vaksincovid.gov.my dan mereka akan mendapat maklumat berkaitan vaksin. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai PICK dan mengalakkan lebih ramai mendapatkan vaksin,” katanya.