Dua bot pukat tunda ditahan

Iklan
Bot pukat tunda yang ditahan kerana melanggar syarat lesen di kawasan Taman Laut Johor pada Selasa.- Foto Jabatan Perikanan Johor

JOHOR BAHRU - Jabatan Perikanan menahan dua bot pukat tunda kerana dikesan melanggar syarat lesen penangkapan ikan di kawasan Taman Laut Johor pada Selasa.

Dua buah bot pukat tunda Kelas B dan Kelas C itu ditahan menerusi operasi pemantauan, pengawalan dan survelan ambang kemerdekaan oleh Pasukan Khas Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Johor sekitar jam 2.30 hingga 3.45 pagi.

Iklan
Iklan

Pengarah Perikanan Johor, Zainudin Abd Wahab berkata, pemeriksaan mendapati tujuh kru rakyat tempatan itu menjalankan penangkapan ikan kurang daripada 12 batu nautika.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot pukat tunda itu terdapat hasil tangkapan ikan sebanyak 1,500 kilogram (kg).

Iklan

Sebahagian kru bot pukat tunda yang ditahan menerusi operasi di kawasan Taman Laut Johor pada Selasa.- Foto Jabatan Perikanan Johor

"Kedua-dua bot dan hasil tangkapan disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau turut mengingatkan nelayan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen agar tidak menjejaskan sumber perikanan negara yang perlu diurus secara lestari.