Lima kanak-kanak terbunuh di Yaman: UNICEF

Iklan
UNICEF berkata setiap hari lapan kanak-kanak terbunuh atau cedera di seluruh 31 zon konflik aktif di Yaman.

SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak Yaman terbunuh dalam serangan di rumah mereka di wilayah pergunungan Hodeida, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

UNICEF berkata, kesemua mangsa sedang bermain di rumah mereka ketika serangan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran mengenai bentuk serangan atau dalang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian itu.

"Setiap hari lapan kanak-kanak terbunuh atau cedera di seluruh 31 zon konflik aktif di negara ini," kata pengarah eksekutif UNICEF Henrietta Fore, hari ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pegawai paramedik di daerah Tuhata di selatan Hodeida mengesahkan mereka telah memindahkan kanak-kanak yang terbunuh dan cedera ke sebuah hospital di daerah Khokha yang dikendalikan kerajaan. - AFP