Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital
Iklan
Annuar Musa - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya menyegerakan proses meluluskan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa menyatakan, lebih RM40 juta yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut perlu diluluskan tahun ini.
Iklan
Iklan
"Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya.
MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, antara lain merupakan pengurus program untuk Geran Automasi Pintar (SAG), geran sepadan yang bertujuan membantu PKS dalam industri perkhidmatan untuk meningkatkan dan menambah baik perniagaan melalui digitalisasi.
Iklan
Sementara itu, Annuar berkata, antara inisiatif MDEC termasuk program #SayaDigital yang berperanan meningkatkan penerimaan dan kemahiran digital dalam kalangan rakyat dan PKS tempatan merangkumi program seperti 100GoDigital dan Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS).
Katanya, usaha mendigitalkan 300,000 PKS turut dirancakkan menerusi kempen Go-eCommerce dan Shop Malaysia Online selain kempen 'Malaysia, Nadi Digital ASEAN' yang diwujudkan bertujuan menarik pelaburan bernilai tinggi dan mencipta peluang pekerjaan teknologi yang mantap.
Iklan
Mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 MDEC, Annuar dalam pada itu turut melahirkan harapan agar agensi berkenaan di bawah ketua pegawai eksekutif yang baharu dilantik, Mahadhir Aziz akan terus dapat meningkatkan usaha memacu ekonomi digital negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>