Kes dadah kakitangan Invoke: Rafizi serah kepada peguam

Iklan
Invoke Malaysia

KUALA LUMPUR - Pengendali Invoke Malaysia, Rafizi Ramli menyerahkan kepada peguamnya bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan penahanan pekerjanya yang dikaitkan dengan dadah.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata, majikan tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti dilakukan pekerja mereka di luar waktu pejabat.

Iklan
Iklan

"Sebarang urusan yang berlaku di luar waktu pejabat adalah urusan peribadi kakitangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dadah: Kakitangan, bekas pekerja Invoke Malaysia ditahan polis

Iklan

Rafizi menambah, jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan tatacara perkhidmatan semasa waktu bekerja atau di luar waktu kerja, pelanggaran itu akan melalui proses disiplin di tempat kerja mengikut undang-undang buruh dan dasar syarikat.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan kes ini dan tindakan lanjut seperti kes-kes lain," katanya.

Iklan

Terdahulu, polis menahan dua pekerja dan seorang bekas kakitangan Invoke Malaysia dipercayai memiliki dadah jenis ganja seberat 75 gram, tengah malam tadi.

Kesemua mereka ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah unit kondominium Taman Mutiara Jinjang.

Suspek seorang lelaki dan dua wanita itu berusia antara 25 dan 30 tahun direman sehingga Jumaat depan untuk siasatan lanjut.