Kerajaan bayar RM200j faedah hutang ECRL: Tun M
Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan SeriGreen Garden and Landscape Sdn Bhd Jamaliah Hamdan (kiri) ketika melawat pameran bunga orkid pada Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2019 bertemakan "Malaysia Negara Taman Terindah" di Taman Botani hari ini. Turut kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Rotina Daik (lima, kanan). - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan telah menjelaskan bayaran faedah sebanyak RM200 juta kepada kontraktor utama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata bayaran faedah terhadap hutang berjumlah RM55 bilion itu dibuat kepada China Communications Construction Company (CCCC), selaku kontraktor utama ECRL.
Iklan
Iklan
"Dalam enam bulan ini, untuk faedah sahaja, kita terpaksa bayar RM200 juta atas hutang RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu.
"Duit ini sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat tetapi terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Botani di sini hari ini.
Iklan
Projek ECRL adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo sepanjang 688 kilometer yang dilancarkan pada Ogos 2017 dan dijadualkan siap pada 2024, kini dikaji semula kerajaan PH dengan rundingan di antara Malaysia dan China masih dijalankan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata perbincangan pihaknya dengan kontraktor terbabit juga mendapati projek itu boleh dilaksanakan dengan kos RM35 bilion, jauh lebih rendah berbanding harga RM55 bilion yang dipersetujui kerajaan dahulu.
Iklan
"Dia boleh buat dengan kos RM35 bilion sahaja tetapi kenapa kontrak sehingga RM55 bilion, mungkin kerana mahu 'curi duit' itu," katanya.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>