Selamat tinggal Paralimpik Tokyo 2020, jumpa di Paris 2024

Iklan
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike (kiri) menyaksikan Andrew Parsons (tengah), menyerahkan bendera Sukan Paralimpik kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, semasa upacara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Ahad. - Foto AFP

PRESIDEN Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons menyifatkan edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kali ini merupakan temasya yang bersejarah dan menakjubkan.

"Semasa temasya sukan terbesar dunia ini, kami telah meraikan perbezaan, mempamerkan kemanusiaan terbaik dan menunjukkan kesatuan dalam kepelbagaian.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya, saya tidak mahu melakukan ini, tetapi tiba masanya untuk saya mengisytiharkan yang Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditutup," ujarnya.

Pada upacara penutup itu, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menyerahkan bendera kepada Parsons yang kemudian menyerahkannya kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, yang merupakan penganjur edisi Paralimpik seterusnya di Paris pada 2024.

Iklan
Iklan
Andrew Parsons melihat Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo yang menjadi tuan rumah temasya seterusnya mengibarkan bendera kejohanan semasa upacara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Ahad. - Foto AFP