Bekas penjawat awam ditahan, palsukan butiran syarikat RM1.03 juta
Iklan
JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pembantu tadbir Gred N19 bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan kedudukannya, baru-baru ini.
SPRM Johor dalam satu kenyataan memberitahu, bekas penjawat awam berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 11 pagi Ahad.