Pondok uzur syurga warga emas
Iklan
Kerja membina kediaman lebih selesa buat Norbeha dilakukan selama seminggu
MUAR - Terpaksa basah dalam hujan selain berpanas ketika siang dan berembun di kala malam menjadi rutin harian seorang warga emas apabila rumah pusaka dihuni semakin uzur.
Norbeha Talib, 60, tinggal sebatang kara dan tidak pernah berkahwin menghabiskan sisa hidup di kediaman peninggalan arwah kedua orang tuanya di Jalan Salleh, di sini.
Adun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep berkata, Norbeha tidak mampu baiki kerosakan kediaman berikutan tiada pendapatan.
"Dia hanya menyara hidup melalui bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.
"Nak baiki rumah pula tidak dapat dilakukan kerana kerosakan sangat banyak dan tidak mampu ditanggung,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Najib, selain itu, dinding rumah Norbeha juga tidak kukuh kerana banyak papan telah reput.
"Jika dilihat, keadaan kediaman ini memang sudah tidak selamat dan membahayakan penghuni. Ada bahagian masih berbumbung ada tidak berbumbung. Selain itu, rumah juga tidak dilengkapi elektrik.
"Jika hujan, dia hanya tidur sambil berteduh di bawah payung. Sekeliling rumah juga tidak mampu diselenggara dengan baik menyebabkan kawasan dipenuhi semak-samun,” katanya.
Najib berkata, malah sewaktu kerja-kerja pembersihan dijalankan pihaknya dan NGO, beberapa ekor ular turut ditemui.
Tambah Najib, beliau dimaklumkan bahawa Norbeha mempunyai adik-beradik, namun tiada yang peduli disebabkan masing-masing sudah berkeluarga dan berpindah ke tempat lain.
"Justeru, selama seminggu ini, saya selaku wakil rakyat turut dibantu hampir 20 tenaga kerja terdiri daripada NGO iaitu Rimba Api Sejagat, Bridged Amal Pas dan belia anak muda dari Dun Bukit Pasir bersama-sama membina kediaman sementara buat Norbeha.
"Kediaman berukuran 10x10 ini lengkap dengan bahagian dapur serta bilik. Saya dalam proses memohon kemudahan elektrik untuk rumah baharunya. Bagaimanapun, untuk sementara ini, kami memberikan mesin jana kuasa elektrik bagi membantu kehidupan Norbeha
"Kebanyakan barangan untuk membina rumah ini ada yang saya beli dan ada juga sumbangan dari kawan-kawan yang keseluruhan kos berjumlah hampir RM7,000,” katanya.
Tambah Najib, beliau akan menjaga kebajikan Norbeha melalui penubuhan biro yang bertanggungjawab bagi memastikan keadaan warga emas itu tidak lagi terbiar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>