Perbaharui cukai jalan, lesen memandu di Pos Malaysia
Iklan
KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula Isnin ini.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Pos Malaysia menjelaskan, bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu tersebut pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.