SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terlibat rasuah

Iklan
SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki berusia 44 tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2020 sebagai balasan membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat kepada agensi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Suspek ditahan pada 2 September 2021 kira-kira jam 2 petang di Pejabat SPRM, Selangor,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor jam 9 pagi pada Jumaat (3 September) untuk permohonan reman.