SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) Selangor mendesak agar kerajaan Selangor akur serta menghormati suara rakyat dan membatalkan penyahwartaan tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 536.7 hektar serta-merta tanpa berdolak-dalik serta bermain politik.
MN Selangor menerusi kenyataan bersama oleh Pengerusi Badan Perhubung UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengakui kesal dengan tindakan kerajaan Selangor yang meneruskan penyahwartaan HSKLU walaupun telah berjanji untuk menangguh dan menyemak semula perkara itu di persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.