Harga siling kit ujian covid-19 tak dibincang bersama MPS
Iklan
Tangkap layar hantaran di Facebook Amrahi Buang.
SHAH ALAM - Penentuan harga maksimum kit ujian pantas Covid-19 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak dibincangkan secara spesifik bersama Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).
Presiden MPS, Amrahi Buang berkata, pihaknya berduka cita terhadap kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu dan memohon untuk memperbetulkan semula maklumat tersebut.
Iklan
Iklan
"Pada 6 Ogos 2021, satu surat telah diutuskan kepada KPDNHEP sekiranya kerajaan ingin mengawal harga kit ujian kendiri, perlulah mengambilkira isu stok yang sedang dipegang oleh farmasi komuniti dan juga isu logistiks untuk Sabah dan Sarawak.
"Pada, 18 Ogos 2021, kami telah mendapat panggilan untuk hadiri mesyuarat dengan KPDNHEP yakni, dua jam sebelum masa mesyuarat bermula.
Iklan
"Isu kawalan harga tersebut dibicarakan tetapi tidak secara spesifik. Harga jualan di bawah harga kos ini tidak dibincangkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 diletakkan di bawah kawalan berkuat kuasa Ahad ini menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Iklan
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan bersama dilaporkan berkata, kit berkenaan akan dijual pada harga RM16 (borong) dan RM19.90 (runcit) bagi satu set.
Jelas Amrahi, pada 19 Ogos 2021, satu kenyataan media telah dikeluarkan dengan memberikan cadangan-cadangan kepada kerajaan berkaitan kit ujian kendiri ini termasuk isu harga.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>