Filipina rekod peningkatan 22,366 kes baharu Covid-19

Iklan
DOH pada Isnin melaporkan 22,366 kes baharu Covid-19, lonjakan harian tertinggi sejak pandemik itu mula dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,976,202. Foto Xinhua

MANILA - Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) pada Isnin melaporkan 22,366 kes baharu Covid-19, lonjakan harian tertinggi sejak pandemik itu mula dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,976,202.

Selain itu, 222 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 di negara itu menjadi 33,330 orang, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Kes aktif pula meningkat kepada 148,594 ketika kerajaan berusaha untuk mengekang penularan virus yang berpunca daripada varian Delta.

Filipina, dengan populasi sekitar 110 juta, telah melakukan ujian saringan terhadap lebih 17 juta penduduk sejak pandemik menular Januari 2020. - Bernama

Iklan
Iklan