PNB lancar ASN Equity Global
Iklan
Tun Arifin
AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Isnin melancarkan ASN Equity Global, dana ASNB pertama yang memfokus kepada ekuiti global dan akan mula ditawarkan mulai 1 September 2021.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria berkata, ASN Equity Global sesuai untuk pelabur dengan toleransi risiko tinggi kerana dana itu menggunakan strategi pelaburan pertumbuhan modal dengan pendedahan yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, fokus pelaburan adalah pada ekuiti global dengan peruntukan aset hingga 99 peratus yang mana dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi, serta yang mendapat manfaat menerusi megatrend global.
"Pelancaran ASN Equity Global merupakan satu lagi kejayaan bagi PNB dan ASNB terutama dalam menunaikan amanat kami kepada semua rakyat Malaysia dengan memberikan akses mudah ke pasaran global dengan modal permulaan yang berpatutan.
Iklan
"Rangkaian produk unit amanah kami yang komprehensif kini merangkumi pelbagai geografi dan kategori dana, iaitu dana konservatif, seimbang dan pertumbuhan, yang membolehkan pemegang unit memenuhi matlamat kewangan dan pelaburan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, ASN Equity Global diuruskan oleh pasukan pengurus dana profesional PNB yang berpusat di Kuala Lumpur dan juga pejabatnya di London, bagi meneroka dan merebut peluang pelaburan di lebih daripada 50 pasaran saham global utama.
Iklan
"Pelaburan permulaan minimum hanya RM10 dan pelaburan tambahan pula serendah RM1. Bermula 1 September 2021, pelabur boleh melanggan ASN Equity Global pada harga tawaran awal RM1 seunit sehingga 21 September 2021,” katanya.
Mereka boleh melanggannya di semua saluran, termasuk portal www.myasnb.com.my dan aplikasi mudah alih myASNB, cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara, serta kemudahan perbankan internet ejen ASNB.
Mulai 1 September hingga 31 Disember 2021, ASNB menawarkan kadar caj jualan yang lebih rendah untuk semua langganan di kaunter.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>