PENGARAH Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara di sepanjang saingan kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM pada ketika ini.
Menurut Misbun, kesemua pemain-pemain muda negara telah memberikan komitmen terbaik dan disiplin tinggi sepanjang saingan berkenaan yang disifatkan sebagai pentas terbaik mengembalikan momentum positif setiap pemain.