Hayati titah Sultan Nazrin, jangan bertelagah ketika pandemik
Iklan
Mohd Akmal Kamarudin
BAGAN SERAI - Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, yang menyeru amalan politik aras tinggi dan mengelakkan pertelagahan antara satu sama lain ketika pandemik, perlu dihayati semua pihak termasuk pembangkang.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, dalam mendepani pandemik Covid-19 ini, seharusnya semua pihak berganding bahu dan bekerjasama bagi mengekang penularan dan bukannya membuat sebarang dakwaan yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Iklan
Iklan
"Sebarang cadangan yang baik terhadap kerajaan amat dialu-alukan demi kepentingan rakyat negeri Perak terutama dalam usaha menangani Covid-19,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak itu kepada Bernama.
Khamis lepas, Sultan Nazrin bertitah agar kerajaan merintis jalan meminimumkan perselisihan politik demi kepentingan negeri dan rakyat.
Iklan
Mengulas dakwaan terdapat exco yang tidak turun padang bersama Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad bagi menjalankan tanggungjawab khasnya berkaitan Covid-19, Mohd Akmal yang juga ADUN Selama berkata, itu adalah rekaan serta tidak berasas kerana semua exco memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar dan isu itu sengaja dibuat.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula berkata, dakwaan itu adalah satu tohmahan untuk mewujudkan persepsi salah dalam kalangan pemimpin dan rakyat di Perak.
Iklan
Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol berkata, isu menangani Covid-19 adalah tanggungjawab bersama serta meliputi semua lapisan masyarakat dan mana-mana pihak termasuk kem pembangkang seharusnya membantu kerajaan negeri dalam usaha mengekang penularan pandemik itu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang persoal peranan Exco Kesihatan Perak 'hilang'
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.