INSTITUSI Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Asia Metropolitan University (AMU) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan yuran pengajian yang sangat kompetitif.
Naib Canselor Asia Metropolitan University (AMU), Profesor Dr Mohamad Khan Jamal Khan berkata, pendekatan itu diambil untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan mendapat peluang dan tidak terbeban setelah tamat pengajian kelak.