Warga emas patah tulang rusuk ditendang anak
Iklan
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa menendang bapanya sendiri.
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas mengalami patah tulang rusuk akibat ditendang oleh anak bongsunya yang berang selepas ditegur menconteng dinding rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek telah ditegur oleh bapanya yang berusia 68 tahun kerana menconteng dinding rumah mereka.
Iklan
Iklan
"Tidak berpuas hati dengan teguran bapanya, anak bongsu mangsa bertindak memarahi dan menendang mangsa pada rusuk kanan badan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Basri berkata, mangsa yang yang mengalami kecederaan pada perut dan leher itu kemudian bertindak keluar dari kediaman tersebut untuk pulang ke rumah isterinya di Seremban sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.
Iklan
"Pakar perubatan mengesahkan mangsa yang merupakan seorang pesara juruteknik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu mengalami patah salah satu tulang rusuk kanan.
"Mangsa membuat laporan polis pada jam 2.08 petang pada Khamis," katanya.
Iklan
Jelasnya, suspek berusia 26 tahun yang merupakan penganggur itu kemudian ditahan di PPR berkenaan sekitar jam 9.20 malam pada Khamis.
"Ujian saringan air kencing ke atas suspek dijalankan dan didapati negatif. Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Suspek mengaku telah menendang perut bapanya kerana mahu mempertahankan diri daripada dipukul,” katanya.
Beliau berkata, suspek direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com