Barisan kabinet baharu berpengalaman, diyakini mampu pulihkan ekonomi
Iklan
PUTRAJAYA - Barisan kabinet baharu dipilih adalah daripada mereka yang berpengalaman, diyakini mampu bantu memulihkan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata akan memastikan barisan kabinetnya komited menjayakan agenda negara melalui kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi.