Jawatan Timbalan Speaker harus diisi oleh pembangkang
Iklan
Azalina
SHAH ALAM – Kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat harus diisi oleh anggota parti pembangkang melalui usul yang dibawa oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, peletakan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi peluang kepada pihak pemerintah dan pembangkang untuk ‘menetapkan semula’ Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada bulan September.
Iklan
Iklan
"(Jawatan saya) harus diganti oleh anggota pembangkang, tetapi usul itu mesti dilakukan oleh kerajaan.
"Ini adalah kesempatan terbaik bagi Perdana Menteri untuk menawarkannya sebagai isyarat dan meneruskan urusannya.
Iklan
"Ia adalah sesuatu yang dapat dicapai. Sekiranya pemerintah melakukan (tindakan) itu, dan disokong sebulat suara, saya rasa ini akan sangat baik untuk sejarah Parlimen Malaysia kerana kita menunjukkan isyarat bahawa kita mahu Parlimen menjadi sebuah platform profesional,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Iklan
Azalina berkata demikian dalam forum bertajuk 'A Roadmap for Parliamentary Reform for and Beyond the Pandemic' yang diadakan secara dalam talian pada Khamis.
Beliau sebelum itu ditanya mengenai apakah jangkaan tindakan kerajaan dan pembangkang untuk membentuk kerjasama antara parti.
Pada Isnin, Azalina mengesahkan meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pada Rabu, kerajaan berjaya mencapai persetujuan bersama barisan pemimpin pembangkang bagi memperkasa fungsi Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan itu di Pejabat Perdana Menteri yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>